27.3 C
Malaysia
Friday, September 6, 2024

Latest Posts

Isu Pelitup Muka Perlu Perakuan SIRIM, Jovian Mandagie Minta Orang Ramai Jangan Panik!

Pereka fesyen terkenal dan menantu kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu Jovian Mandagie tampil bersuara selepas pihak kerajaan mengeluarkan kenyataan pada 5 Mac lalu mengenai semua pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan perlu membuat permohonan serta penandaan MS SIRIM daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd .

“Tidak Perlu Panik”

Menerusi Insta Stories, Jovian turut meminta orang ramai untuk tidak panik kerana undang-undang ini hanya akan dikenakan mulai 4 Julai. Malah, dia turut menjawab persoalan orang ramai mengenai adakah pelitup muka keluaran syarikatnya selamat dipakai walaupun tiada perakuan SIRIM.

“Tidak perlu panik , undang-undang ini akan dikuatkuasakan dari 4 Julai.

Banyak yang tanya Jovian Mask macam mana? Tak ada sirim, tak selamat dipakai! Jovian Mask selamat dipakai malah diiktiraf olef MDA (Medical Device Authority) sejak tahun 2020 lagi. Gunakan tanpa was-was.”-Kongsi Jovian

Jelas Tujuan Perakuan SIRIM Dilakukan

Tambahnya lagi, Jovian turut berkongsi pendapatnya mengenai tujuan perakuan SIRIM yang dilakukan untuk membanteras pelitup muka yang tidak berkualiti di pasaran.

Undang-undang SIRIM dilakukan untuk banteras pelitup muka kualiti hauk di pasaran. Terutamanya yang tak ada MDA Certs.

So in future, sama ada anda ada MDA Certs atau SIRIM, baru anda boleh jual face mask. Pengguna pun boleh pilih dengan bijak.”-Jovian Mandagie

Walaubagaimanapun, menurut laporan Sinar Harian, Pewartaan Perintah Perihal Dagangan Perakuan dan Penandaan Pelitup Muka Bukan Perubatan yang dikuatkuasa pada 4 Julai depan ditangguhkan kepada 1 Januari tahun hadapan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, penagguhan itu dibuat selepas mengambil kira maklum balas dari umum.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.