Pada petang Selasa, industri hiburan digemparkan dengan isu seorang pelawak terkenal ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah, pada Ahad lalu.
Tauke Nafi TerlibatĀ
Sejak tularnya isu tersebut, pelbagai spekulasi telah berlegar-legar di media sosial mengenai siapakah pelawak yang dimaksudkan. Malah, nama pelawak Tauke turut disebut-sebut sebagai suspek. Bagaimanapun,seperti yang dilaporkan Harian Metro, Tauke menafikan bahawa dia mempunyai kaitan dengan penangkapan yang dibuat. Malah isterinya, Nadia Mohd Affandi turut menafikan suaminya mempunyai kaitan dengan jenayah terbabit dan berada disisinya ketika ini.
āSaya tidak terbabit dalam apa-apa kegiatan seperti itu. Gilalah siapa yang petik nama saya itu.
āSaya ada saja di rumah di Bukit Jalil ini. Saya berada dalam keadaan baik dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan.
āBiarlah apa orang nak cakap, tapi tak eloklah kaitkan saya dengan isu sedemikian,ā katanya kepada portal akhbar tersebut .
Laporan Polis TersebarĀ
Dalam perkembangan berkaitan, tular pula tangkap layar laporan polis yang tertera sebutan kes serta nama suspek. Dalam laporan tersebut kelihatan nama suspek bermula dengan huruf Z beserta nombor kad pengenalannya bersama. Turut dinyatakan, polis turut merampas sebuah kereta, 6 bungkusan kondom,wang tunai berjumlah RM600 dan empat telefon bimbit.
Terdahulu, dalam sebuah serbuan pada 10 pagi Ahad, polis telah menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang untuk tujuan eksploitasi seks.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, lelaki berusia 40-an itu ditahan dalam serbuan Ops Pintas oleh Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Pilah selepas melakukan risikan.nSuspek direman selama empat hari manakala mangsa yang diselamatkan mendapat perintah perlindungan sementara dan ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Johor.
Difahamkan, suspek juga dikenakan kompaun bagi kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) ( Pelan Pemulihan Negara) 2021.