24.1 C
Malaysia
Saturday, September 14, 2024

Latest Posts

Isu Orang Ramai Dilarang Ulas Kes Perbicaraan Bella, Ini Komen ‘Padu’ Awal Ashaari!

Amaran Hakim Mahkamah Sesyen kepada orang ramai untuk tidak memberikan sebarang komen di media sosial mengenai perbicaraan kes penderaan anak istimewa, adik Bella mendapat reaksi daripada pelbagai pihak termasuklah pelakon dan pengacara, Awal Ashaari yang turut memberikan reaksi ‘padu’ terhadap amaran tersebut.

Awal Beri Jawapan ‘Padu

Menerusi Insta Stories, Awal dilihat telah memuatnaik tangkap layar mengenai orang ramai yang tidak dibenarkan terlalu lantang untuk mengulas perbicaraan kes adik Bella turut mempersoalkan pihak terlibat bagaimana dengan peguam yang terlalu sibuk mengulas dan mengemaskini kes Bella di media sosial.

“Kalau Lawyer yang sibuk ulas dan update dalam media sosial macam mana pulak?”-Soal Awal Ashaari

Orang Ramai Dilarang Ulas Perbicaraan Kes Bella Di Media Sosial

Dipetik dari laporan Astro Awani, Hakim Mahkamah Sesyen memberi amaran kepada orang ramai agar tidak melakukan sebarang komen di media sosial mengenai perbicaraan adik Bella yang sedang berlangsung ketika ini.

“Kita masih lagi jauh perjalanan untuk memanggil saksi-saksi selain SP5 (saksi pendakwaan kelima) yang masih dalam pemeriksaan balas. Simpan komen-komen yang berbentuk subjudis dan fitnah untuk diri sendiri. Jangan untuk dapat followers, untuk baca tetapi menjejaskan perjalanan kes ini. “-Kata Izralizam kepada Astro Awani

Sama-sama kita doakan agar keadilan dapat ditegakkan bagi kes adik Bella yang kini masih dalam perbicaraan…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.