23.6 C
Malaysia
Saturday, September 14, 2024

Latest Posts

Isu Komedi Perli Orang Melayu, Ogy Ahmad Daud ‘Sound’ Rizal Van Geyzel

Masih belum reda isu wanita melakukan pertunjukan lawak yang didakwa menghina Islam di sebuah kelab komedi di ibu kota, kini tular pula tentang pemilik kelab berkenaan menjadikan perkauman sebagai bahan jenakanya.

Ogy Persoal Motif Pemilik Kelab

Hal ini mendapat perhatian pelakon dan pengarah terkenal tanah air, Ogy Ahmad Daud, di mana dia berkongsi sebuah video yang memaparkan pemilik kelab komedi yang dikenali sebagai Rizal Van Geyzel membuat persembahan di kelabnya.

Menerusi klip video yang dikongsikan Ogy di Instagram-nya, Rizal membuat persembahan dalam bahasa tamil dengan menjadikan topik kaum melayu sebagai bahan lawak jenaka.

“Tahu Tak kenapa saya buat persembahan dalam bahasa tamil?”

“Sebab saya suka perli orang melayu”

“Saya boleh buat persembahan dalam bahasa inggeris tapi itu pun mereka tak boleh faham” Ucapnya

via Instagram Ogy Ahmad Daud

Melihat entri yang ditulis Ogy pula, pengarah dan pelakon ini mempersoalkan tindakan pemilik kelab mengunakan topik perkauman sebagai bahan jenakanya.

“You ada masalah dengan bangsa melayu ke Rizal?” Coretnya

via Instagram Ogy Ahmad Daud

Netizen Banjiri Ruangan Komen

Muatnaik yang dikongsikan Ogy mendapat perhatian warganet di media sosialnya, rata-rata ramai yang mengecam tindakan pemilik kelab tersebut yang menjadikan perkauman sebagai bahan lawak jenaka dan menyokong kelab berkenaan ditutup terus.

“Kalau dia ada masalah dengan melayu maka dia ada masalah juga dengan mak dia, pasal mak dia pun melayu”

“Jujur bagi saya.. Kelab komedi tak perlu ada”

“Eh lawak sampah lah. Tak suka orang melayu boleh berambus dari Malaysia” komen warganet

via Instagram Ogy Ahmad Daud

“Anak seni yang rosak.. Merosakkan akhlak.. Rancangan macam ni tak perlu ada”

“Memang patut kelab ni ditutup”

“Memang lawak tu ada macam-macam jenis. Tapi ikut lah budaya sesuatu negara tu. Ni Malaysia, negara yang penuh dengan adab” komen mereka

via Instagram Ogy Ahmad Daud

Sekadar info, pihak berkuasa tempatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menggantung operasi kelab tersebut buat sementara waktu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.