34.6 C
Malaysia
Friday, September 20, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Isu Isytihar Bankrap, Mawar Karim Tampil Dedah Individu Mahu Malukan Dirinya!

Baru-baru ini tular mengenai usahawan, Mawar Karim berkenaan isu ingkar perjanjian dan tidak membayar wang pinjaman bernilai RM720,000 daripada seorang individu.

Mawar juga dikatakan bakal berdepan tindakan pengisytiharan bankrap selepas dikatakan meminjam wang dengan seorang rakan bagi tujuan modal memulakan perniagaan.

Individu Bergelar ‘S’ Tidak Henti Lempar Fitnah

Menerusi Insta Stories, Mawar tampil bersuara terhadap isu tersebut dengan menyatakan seolah-olah terdapat seorang individu yang digelar sebagai ‘S’ tidak berhenti melemparkan fitnah terhadapnya.

“Wahai S tak habis-habis create cerita fitnah pasal saya. Last year pasal SJR, cukup setahun pasal lari hutang, tiba-tiba mai bankrap pulak dah.”-Mawar Karim

Tujuan Untuk Memalukan Diri Mawar

Tambahnya lagi, Mawar turut menyifatkan isu yang tular mengenainya yang dilakukan oleh individu yang digelar ‘S’ ini adalah untuk memalukan dirinya.

“Nak bagi saya malu 1 Malaysia, jangan one day terbalik pulak ceritanya. Orang tahu siapa gerangan S ni”-Mawar Karim

Sekadar info, Mawar Karim yang merupakan usahawan tudung jenama Fareeda pernah berkahwin dengan aktor kacak iaitu Fizo Omar pada November 2013 sebelum membuat keputusan untuk bercerai pada Julai 2019. Pasangan ini turut dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Wan Maryam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.