21.6 C
Malaysia
Sunday, September 1, 2024

Latest Posts

Isu Ibu Persoal Tindakan Guru Potong Rambut Pelajar Sehingga “Tobek”, Shahrulezad Beri Komen ‘Pedas’!

Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai isu seorang individu yang mempertikaikan tindakan guru sekolah yang menggunting rambut pelajar sehingga “tobek” sebagai hukuman kerana terlalu panjang.

Hal itu mendapat reaksi daripada pelbagai pihak termasuklah pengarah dan penerbit Radius One Production, Shahrulezad Mohameddin.

Harus Mendapat Hukuman

Menerusi hantaran di Instagram, Shahrulezad memuat naik keratan artikel mengenai isu tular itu dan berpendapat pelajar berkenaan harus mendapat hukuman akibat daripada perbuatannya.

“Mana mana budak pun pasti akan nakal dan buat benda yang kadang-kadang langgar peraturan. Kalau dia didenda kerana perbuatannya itu. BE IT!! Let him learn something.”-Kata Shahrulezad

“Gi Bawak Anak Kau Ke Psychiatrist Ke Apa”

Shahrulezad turut menyatakan bahawa jika pelajar tersebut mahu bunuh diri hanya kerana rambut digunting menjadi “tobek”, masalah itu berpunca daripada pelajar itu sendiri dan bukannya disebabkan undang-undang sekolah.

“Kalau anak kau tetiba rasa macam nak bunuh diri hanya sebab rambut tu kena tobek itu masalahnya ialah kat ANAK KAU! Bukan undang-undang sekolah. Gi bawak anak kau ke psychiatrist ke apa. Cek mental health status ke apa.”-Kata Shahrulezad

Pengarah dan penerbit itu memberitahu bahawa sebagai anak lelaki, jika dibela dengan terlalu manja dan mengada-ngada sebegitu akan memberi kesan apabila sudah menginjak alam dewasa dan pekerjaan kelak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.