21.6 C
Malaysia
Sunday, December 1, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Isu Hina Orang Asli : Siti Sarah Mohon Maaf & Enggan Ulas Lanjut

Menerusi sebuah kenyataan rasmi yang dihantar kepada pihak Murai.my, penyanyi Siti Sarah Raisuddin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya masyarakat Orang Asli berikutan penularan sebuah video yang mengaitkan dirinya baru-baru ini.

Tidak Disengajakan

Menurut Sarah,dia tidak pernah terlintas sama sekali untuk menghina mana-mana pihak dan penularan video tersebut juga tidak disengajakan. Jelasnya, sepanjang berkecimpung dalam industri seni tanah air, dia sangat mementingkan etika dalam setiap perkara yang dilakukannya kerana percaya akan menjadi tumpuan peminat dan masyakarat.

“Saya dengan rendah hati menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia terutamanya kepada masyarakat Orang Asli.

“Saya amat berharap permohonan maaf saya ini diterima kerana ianya bukanlah sesuatu yang disengajakan.

“Tidak pernah terlintas langsung dihati saya untuk menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, malah menghormati seluruh masyarakat di Malaysia.

“Lebih dua dekad berada dalam industri seni tanah air, saya sangat mementingkan etika dalam setiap perkara yang saya lakukan termasuklah setiap posting yang ingin dimuat naik di media sosial. Saya percaya segala perbuatan akan menjadi perhatian masyarakat,” katanya

Terima Permohonan Maaf

Dedah Sarah lagi, dia turut menerima permohonan maaf daripada Pengarah Syarikat House of Ridz Okumura Sdn Bhd, Ridzo Kimura yang turut sama dalam video itu dan memuat naiknya sehingga tular.

https://www.instagram.com/p/CEwchJjh56q/

Jelas pelantun Manis itu, dia mengharapkan agar perkara itu tidak diperbesarkan lagi. Difahamkan sidang media tergempar yang dirancang untuk menjelaskan lebih lanjut mengenainya turut dibatalkan.

“Sememangnya insiden yang tercetus, sedikit sebanyak menjejaskan reputasi saya sebagai selebriti dan usahawan.

“Saya mohon isu ini tidak akan diperbesarkan lagi dan kenyataan ini akan menjadi yang pertama dan terakhir dari saya,” katanya lagi.

Terdahulu,Sarah menjadi tumpuan warganet apabila dia kononnya dikatakan telah menghina masyarakat orang asli apabila membuat perbandingan rambut mereka dalam sebuah video yang dimuat naik oleh seorang individu di laman Twitter. Bagaimanapun, video tersebut sudah pun dipadam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.