23.6 C
Malaysia
Saturday, September 14, 2024

Latest Posts

Isu Hadir Sebagai Penceramah Di Sebuah Sekolah, Caprice Pertahan Haqiem Stopa?

Nama influencer TikTok Haqiem Stopa sebelum ini menjadi perhatian ramai selepas dijemput menjadi penceramah di sebuah sekolah di Kuala Lumpur yang mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah penyanyi rap, Caprice yang turut bersuara terhadap isu tersebut.

Boleh Beri Inpirasi Kepada Anak Muda

Menerusi hantaran di Instagram, Caprice berpendapat Haqiem Stopa yang pernah mencetuskan fenomena dalam dunia permotoran itu boleh menjadi inspirasi kepada anak muda yang meminati bidang permotoran.

“Seorang mat motor atau mat rempit yang berjaya dalam dunia media sosial. Dari susah sampai senang, dari takde duit ada duit, dari bawa motor sekarang ada kereta.

Bagi Cap benda ni boleh jadi salah satu inspirasi untuk anak muda kita yang memang suka main motor.

Kita tak boleh nafikan ramai anak muda kita suka main motor dan dia pun ada ramai pengikut. Bila kita ada ramai pengikut, itu adalah satu tanggungjawab yang sangat besar. “-Ulas Caprice

@haqiemstopa_starlive_oe

Trima Kasih SMK Sungai Besi 🤙🏻 #haqiemstopa #fyp #fypシ #matrempit

♬ original sound – Haqiem_stopa – Haqiemstopa

Terima Perkara Positif 

Tambahnya lagi, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Bin Ramli turut meminta orang ramai menerima perkara positif yang dikatakan oleh influencer itu dan seakan ‘menyindir’ netizen yang mempersoal tindakan pihak sekolah yang menjemput Haqiem Stopa sebagai tetamu jemputan di sekolah itu.

“Apa-apa yang dia hujah, kita ambil yang baik. Yang tak elok atau tak baik, kita jangan la ikut. Kalau kita nak marah. Kita pi la soal pihak sekolah ‘kenapa nak jemput dia, kenapa tak jemput angkasawan ke?’”-Kata Caprice

Haqiem Stopa menjadi bualan ramai selepas tular video yang memaparkan dirinya yang hadir ke sebuah sekolah di Kuala Lumpur untuk berkongsi kisah hidupnya bersama murid sekolah berkenaan. Namun, kehadirannya ke sekolah itu mendapat reaksi negatif dari segelintir pihak yang mempersoalkan tindakan pengurusan sekolah yang menjemput individu yang lebih dikenali dengan personaliti ‘mat rempit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.