Penyanyi dan chef selebriti, Dato’ Fazley Yaakob tampil menitipkan pesanan buat pihak yang terlibat dalam menyalurkan bantuan mangsa banjir yang melanda negara ketika ini.
Tidak Perlu Menunjuk Di Media Sosial
Menerusi posting di Insta Stories, Fazley berkongsi tidak menjadi kesalahan untuk orang ramai membantu mangsa banjir. Namun, mereka yang terlibat tidak seharusnya membuatkannya sebagai kandungan di media sosial kerana khuatir akan menimbulkan riak kelak.
“Sekadar ingatan kita bersama. Tak salah membantu mangsa banjir, tapi tak perlulah live atau upload segala-galanya khuatir menjadi riak.”-Pesan Fazley
Elak Beri Makanan Berkuah & Bersantan Kepada Mangsa Banjir
Dari segi sumbangan makanan kepada mangsa banjir pula, chef popular ini berpesan agar pihak yang terlibat untuk menyediakan makanan yang tidak mudah basi selain mengelakkan makanan berkuah atau bersantan
“Kalau benar nak siapkan makanan, pastikan makanan yang tak senang basi/masam. Elakkan makanan berkuah dan bersantan.
Kesian apabila makanan yang tiba rosak dan tidak boleh dihadam.”- pesannya lagi
Sediakan Bekas Makanan Yang Sesuai
Selain itu, Fazley turut meminta mereka untuk sediakan makanan di dalam bekas yang mudah untuk dimakan.
“Usahakan jika beri bekalan makanan, ada sudu garfunya, atau dibekalkan dalam bekas mudah untuk dimakan, bukan dalam plastik ikat tepi yang akhirnya perlu cari bekas lain untuk dihidangkan.”- kongsinya