24.5 C
Malaysia
Saturday, September 14, 2024

Latest Posts

Isu Anak Pernah Disahkan Positif COVID-19, Mira Filzah Tampil Beri Penjelasan!

Baru-baru ini, pelakon Mira Filzah pernah berkongsi kisah mengenai anak lelakinya, Wan Khair Amir yang berusia tiga bulan pernah disahkan positif COVID-19.

“Ni Dah 2-3 Minggu Lepas Okay”

Menerusi Insta Stories, Mira dilihat memuat naik keratan artikel mengenai wabak yang telah menjangkiti anak lelakinya itu dan menjelaskan bahawa ianya telah berlaku sekitar dua ke tiga minggu yang lalu.

“Ni dah 2-3 minggu lepas okay. Awal bulan ni. Sekarang dah okay!”-Jelas Mira

Gementar Jika Ahli Keluarga Baca Artikel Mengenai Anak Lelakinya

Tambahnya lagi, Mira akui rasa gementar jika ahli keluarganya membaca artikel mengenai Wan Khair Amir kerana perkara itu telah lama berlaku.

“Nervous lah Opah Opah saya nanti baca article ni! Haha. Benda dah lepas, tiba-tiba jadi highlight pula.”-Tulis Mira

Sekadar info, Mira Filzah dan suaminya, Wan Emir Astar Wan Mohamad Khairil mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020 di Pusat Konvensyen di Bukit Kiara. Pasangan ini juga dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Wan Khair Amir yang kini sudah berusia 3 bulan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.