Sepanjang tempoh Perintah kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan ini ramai yang mengeluh, berkongsi luahan hati, dan memberi nasihat serta pandangan di media sosial termasuklah penyanyi berbakat Shila Amzah sendiri.
Baru-baru ini ramai pengikut Shila Amzah, berkongsi dan meluahkan masalah yang terbuku kepada wanita hebat ini di Instagram Story.
Minta Nasihat Tentang LDR
Dan salah satu sesi luahan yang dikongsi di akaun penyanyi bersuara power ini, ada yang bertanya dan meminta nasihat dari Shila mengenai bagaimana nak elak dari terlebih berfikir dan bergaduh dalam hubungan jarak jauh atau Long Distance Relationship (LDR).
“Kak Sha boleh kongsi sedikit tips tentang LDR ini, sebab saya selalu saja gaduh dan terlebih fikir bila jauh.” Luah pengikut Shila Amzah di Instagram Story
Tetapkan Masa Dan Bahagiakan Diri Sendiri
Seperti sedia maklum sebelum Shila mendirikan rumahtangga bersama suami tercinta, penyanyi ini juga telah melalui hubungan jarak jauh dan berikutan Shila berkongsi beberapa kunci penting dalam menjaga hubungan jarak jauh ini.
“Mmm, LDR ini atas dasar percaya. Pokok pangkalnya masing-masing kena ada tetapkan masa untuk sembang, contohnya sebelum tidur ke apa. Tapi di waktu yang lain mesej saja lah, dan kita kena jalani hidup kita macam biasa.
Sibukkan diri dengan benda yang buat kita gembira. Sebab bila kita ada pasangan, kita tak seharusnya lupa untuk buat diri sendiri bahagia dulu.” Kongsi Shila di Instagram Story
Jadi tipsnya percaya itu penting dan dalam masa yang sama jalani kehidupan seperti biasa serta pentingnya untuk pasangan jarak jauh bijak membahagikan masa untuk jaga hubungan jarak jauh.