Malam tadi, penyanyi remaja terkenal Ismail Izzani telah berkongsi satu posting dan beberapa IG Story yang memperlihatkan dia sedang jatuh sakit. Lebih mengejutkan tangan kanannya juga telah dibalut kain anduh seolah – olah mengalami kecederaan patah tangan mahupun retak.
Peminat Hujani Ruangan Komen Dengan Pelbagai
Selepas memuat naik posting berkenaan, peminat mula membanjiri ruangan komen penyanyi itu dengan pelbagai persoalan selain mendoakan agar Ismail cepat sembuh. Susulan daripada itu, penyanyi yang berusia 19 tahun itu memuat naik posting lain menjelaskan mengenai perkara sebenar yang terjadi padanya.
Tisu Tangan Bengkak
Menurut Ismail, kecederaan yang dialaminya berpunca akibat jatuh daripada tangga sehingga terduduk di atas tangan kanannya.
Biarpun begitu, kecederaan tersebut tidak menyebabkan tangannya patah mahupun retak sebaliknya tisu tangan telah bengkak yang menyebabkan dia dinasihatkan oleh doktor untuk memakai anduh. Jelas Ismail lagi, keadaannya kini stabil dan hanya memerlukan rehat selain berterima kasih atas keprihatinan peminat yang mendoakannya.