Usahawan muda,Iqbal Zulkefli berkongsi perkembangan dirinya terkini. Menurut Iqbal, dia kini mudah untuk menitiskan air mata tanpa disedari sehingga terpaksa mengambil ubat yang disarankan oleh doktor.
Mudah Menitiskan Air Mata Tanpa Sedar
Menerusi Insta Stories, Iqbal diminta oleh doktor untuk berehat dan sudah dua minggu mengambil ubat tersebut. Namun begitu, keadaan menjadi berlarutan apabila dia turut bermimpi menangis ketika sedang tidur.
“Sejak kebelakangan ini saya tiba-tiba jadi mudah menitis air mata tanpa sedar. Doktor berikan ubat tidur supaya saya berehat. Sudah dua minggu saya telan. Tapi terbawa semasa tidur pun saya mimpi menangis. Selalunya saya tak begini.”- Kongsi Iqbal
Tiba-tiba Menitiskan Air Mata Sewaktu Bertugas Di Studio TV
Tambah Iqbal lagi, air matanya pernah mengalir secara tiba-tiba berulang kali sewaktu bertugas di studio TV baru-baru ini
“Baru-baru ini saya bertugas di studio TV, tiba-tiba air mata saya mengalir. Bukan sekali namun berkali-kali bersiaran saya menitiskan air mata.
Saya tidak tahu apakah yang dapat pulihkan hati, emosi dan perasaan saya ketika ini. Hanya berdoa.”- kata Iqbal
Akui Menjadi Sensitif
Iqbal atau nama penuhnya Ahmad Iqbal Zulkefli mengakui telah menjadi sensitif terutama memikirkan orang yang disayangi dan takut untuk berasa kehilangan lagi.
“Saya jadi sensitif fikirkan orang yang saya syang. Saya takut kehilangan lagi. ‘Overthinking’ kalau jauh saya jadi terfikir ‘macam mana kalau orang tu kemalangan, kalau orang tu demam, atau terjatuh kerusi’.
Sehinggakan saya risau kalau orang tersebut lapar. Padahal bukannya saya risaukan pada budak kecil.”- Kongsi Iqbal
Semoga cepat sembuh Iqbal..