21.7 C
Malaysia
Saturday, November 9, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Interpol Masuk Campur, Ini 4 Fakta Terbaru Tentang Kemelut 3 Individu Berpengaruh Ini

Kemelut di antara Ebit-Nadir-Caprice semakin berpanjangan apabila baru-baru ini pihak polis mendedahkan mereka meminta bantuan Interpol. Tujuan bantuan ini adalah untuk mengesan kedudukan sebenar penyanyi rap, Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta GAZA Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

#1 Ebit Dakwa Difitnah, Buat Laporan Polis 

Terdahulu pada 21 Julai 2021, pendakwah bebas, Ebit Lew dikaitkan dengan isu kontroversi misi kemanusian di Semenanjung Gaza, Palestin. Ujar Ebit, dia telah membuat laporan polis setelah mendakwa dirinya difitnah oleh Caprice dan Nadir.

Foto – Free Malaysia Today

#2 “Sudah Chat Tapi Tak Dibalas”- Polis 

Setelah laporan dibuat oleh Ebit, polis mendakwa pihaknya telah cuba menghubungi Caprice dan Nadir untuk tujuan siasatan. Dedah polis, pihak mereka tidak menerima sebarang maklum balas selepas dihubungi.

#3 Polis Minta Bantuan Interpol 

Dipetik daripada Kosmo, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah mendedahkan pihak telah meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan kedudukan sebenar serta berhubung dengan Caprice dan Nadir.

Foto – Politico.eu

#4 Ambil Keterangan Secara Dalam Talian 

Dedah Superintendan Ashari, pihak mereka mahu menetapkan tarikh bagi mengambil keterangan daripada Nadir dan Caprice.

Foto – Edge Prop

Tambahnya lagi, semua proses sudah dilaksanakan dan hanya menunggu maklum balas daripada (Nadir dan Caprice) untuk rakaman percakapan secara dalam talian.

Apa-apa pun, Murai MY harap kemelut di antara 3 pihak ini dapat diselesaikan dengan segera dan secara baik. InshaAllah!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.