Selepas akaun Instagram Ali Puteh digodam, kini akaun Instagram milik isterinya, Melati Fitri Abdullah pula menjadi mangsa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Redha Dengan Ujian
Perkongsian itu dibuat Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan menerusi sebuah posting di akaun terbaharu miliknya.
Menurut pelawak itu, biarpun diuji sedemikian dia dan isteri redha dengan ketentuan tersebut selain menitipkan rasa syukur. Difahamkan selepas insiden perselisihan faham yang terjadi dalam keluarga mereka, Melati turut menjadi mangsa kecaman netizen.
“Dengki khianat orang pada kami, Alhamdulillah,” tulis Ali.
Mahu RM30 Ribu
https://www.instagram.com/p/B88maztpUBy/
Dalam posting susulan, dedah Ali pencuri akaun tersebut telah memintanya untuk membayar wang tunai sebanyak RM30 ribu sekiranya Ali menginginkan semula akaun Instagram nya sebelum ini. Biarpun begitu, Ali menolak permintaan tersebut selain mendoakan pencuri tersebut agar segera bertaubat.
Sebagai info, Ali telah berkahwin dengan Melati sekitar tahun 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, namun cahaya mata kedua mereka meninggal dunia November tahun lalu selepas tiga bulan dilahirkan akibat masalah jantung. Kini, Melati sedang hamil enam minggu anak ketiga mereka.