Semalam di media sosial tular mengenai rakaman sebuah video yang dimuatnaik oleh seorang Instafamous meluahkan rasa kecewa nya apabila dia mendakwa mendapat khidmat yang kurang memuaskan daripada seorang jururawat.
Dakwa Frontliners Tidak Berhati Perut
Difahamkan ketika itu, Instafamous berkenaan yang dikenali sebagai Syed Syafiq telah mendapatkan khidmat ujian pemeriksaan COVID-19 di sebuah pusat perubatan di Sabah. Dalam video tersebut dia mendakwa petugas barisan hadapan itu tidak berhati perut kerana membuat ujian berkenaan dengan begitu kasar.
Akui berasa sakit dengan ujian swab yang dilakukan,remaja itu ingin menyaman jururawat yang bertugas kerana bertindak kasar selain turut menggelarkannya dengan beberapa panggilan yang tidak sopan di dalam video yang dimuatnaik. Sejurus tular video itu di media sosial, rata-rata pengguna mengecam tindakan Syafiq yang mana telah menghina petugas barisan hadapan selain kecewa dengan tindakannya.
Mohon Maaf Secara Terbuka
Menerusi carian Murai.my, Syafiq telah memuatnaik sebuah hantaran terbaru membuat permohonan maaf secara terbuka.
Dalam kenyataannya itu, dia ingin memohon maaf kepada jururawat berkenaan kerana tidak menghormati mereka selain turut memohon maaf kepada petugas barisan hadapan yang lain kerana telah banyak berjasa selama ini.
Biarpun telah memohon maaf, terdapat segelintir warganet yang lain mendesak agar tindakan sewajarnya diambil bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang kembali.