22.2 C
Malaysia
Sunday, December 1, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Instafamous Ditahan Jual Minyak Wangi ‘Ori’ Tiruan

Seorang selebriti media sosial semalam telah ditahan kerana disyaki menjual minyak wangi berjenama antarabangsa tiruan dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Taman Pinggiran Putra di sini.

Lebih 1,000 Minyak Wangi Dirampas

Dalam laporan BERNAMA, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor, Muhammad Zikril Azan Abdullah berkata dalam serbuan kira-kira 3 petang, pihaknya telah merampas lebih dari 1,000 botol minyak wangi yang dianggarkan bernilai RM150,000.

“Siasatan awal mendapati sebotol minyak wangi dijual dengan harga serendah RM150 hingga RM200 dan mampu meraih keuntungan sehingga ribuan ringgit setiap bulan.

Mangsa (pembeli) juga turut diberitahu produk tersebut adalah tulen,” katanya seperti laporan portal tersebut

Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Difahamkan, wanita berusia 26 tahun itu turut dibantu oleh suaminya dan telah beroperasi kira-kira setahun dari rumah berkenaan dengan memasarkan barangan berkenaan melalui platform media sosial Instagram dan Facebook.

Semasa serbuan,turut ditemukan adalah slip penghantaran barangan, kotak pembungkusan dan transaksi perbankan.Katanya, hasil semakan transaksi juga mendapati barangan terbabit bukan sahaja dibeli oleh pembeli tempatan tetapi juga dari Singapura dan Brunei. Katanya lagi, individu berkenaan kemudiannya dilepaskan dengan jaminan polis dan akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

Kes disiasat mengikut Sekyen 102 (1)(b) Akta Cap Dagangan 2019 kerana menjual atau menawarkan barangan disyaki menggunakan perihal dagangan palsu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.