21.6 C
Malaysia
Sunday, December 1, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

‘Insta-Famous’ Bakal Disaman Kerana Komen ‘Bodyshaming’

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai dua buah video yang dimuatnaik oleh personaliti media sosial Eira Azira yang mana mengecam tindakan sebuah restoran kononnya seperti menghalaunya dan turut mengecam seorang netizen dikenali sebagai Suharnizan Md Sidek.

Hanya Kerana Komen 

Dalam video mengecam Suharnizan, isu tersebut tercetus apabila wanita itu meninggalkan komen bertanyakan sesuatu pada Eira.

“live masak, live makan-makan, letak produk kurus, boleh kurus ke?’ komennya menerusi video secara ‘live’ yang dikongsikan rakannya di laman Facebook.

Berang dengan komen tersebut, Eira dipercayai telah mengeluarkan kata-kata kesat termasuk memaparkan gambar dan anaknya tanpa pengetahuan serta kebenaran Suharnizan. Selepas Eira teruk dikecam oleh warganet gara-gara tindakannya itu, dia memuat naik satu lagi hantaran terbaharu memohon maaf kepada Suharnizan.

Ambil Tindakan Undang-Undang 

Biarpun telah memohon maaf, namun menerusi laporan Harian Metro, Suharnizan telah membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang susulan daripada kecaman tersebut.

Mewakili Suharnizan, peguamnya iaitu Mohd Rasheed Hassan berkata, walaupun terdapat permohonan maaf yang dibuat ‘influencer’ itu, namun isu ‘body shaming’ boleh didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan tindakan itu dibuat anak guamnya secara langsung bertujuan memberi pengajaran.

“Perkara ini perlu dijadikan pengajaran terutama kepada sesiapa saja di media sosial yang melakukannya.

“Jangan selamba cakap, perlu berfikir dulu sebelum mengatakan sesuatu di laman sosial sebab undang-undang itu ada. Perkara ini memberi kesan kepada mangsa.

“Memang nampak dia ada buat permohonan maaf melalui FB, tapi saya rasa makian yang dibuat pada klien saya adalah lebih lapan minit.

“Kalau dia nak minta maaf, kita akan sediakan skripnya termasuk pengakuan tidak akan buat lagi, tidak akan mengatakan benda negatif terhadap klien kami, tuntutan ganti rugi dan sebagainya.

“Kalau perkara itu boleh dipersetujui atau ‘make an offer’ untuk kita selesaikan luar mahkamah.

“Tapi kalau dia senyap, kita boleh cari dia atau kalau tidak, kita terpaksa berjumpa di mahkamah,” katanya.

Difahamkan, dalam masa yang sama, pihaknya turut meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan sewajarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.