22.7 C
Malaysia
Saturday, August 31, 2024

Latest Posts

“Ini Sudah Melampau!” – Wafariena Berang Netizen Beri Komen Biadab Terhadap Ibunya

Pelakon, Wafariena Roslan meluahkan rasa berang terhadap segelintir netizen yang memberikan komen-komen buruk terhadap ibunya, Suzana Hamad selepas memberikan kenyataan berhubung gosip murahan yang mengaitkannya dengan seorang pelakon lelaki sensasi.

Ibu Bertanggungjawab Jawab Panggilan 

Menurut Wafa menerusi Insta Stories, menjelaskan bahawa ibunya yang akan bertanggunggjawab untuk menjawab panggilan untuk sebarang urusan ketika dirinya sedang bekerja.

“Bila Wafa tengah bekerja, Wafa memang tak pegang phone. Tanggungjawab bagi setiap yang bekerja mencari rezeki yang halal. Tak kira la dari siapa pun yang call Wafa atau ibu untuk apa-apa urusan.

Memang ibu yang jawab semua call. Dan untuk yang latest gossip murahan. My mom answer for my side dekat semua wartawan. Sebab Wafa tengah kerja.”-Jelas Wafariena

“Tolong Henti Beri Komen Biadab..”

Tambahnya lagi, dia turut menitipkan pesanan buat orang ramai untuk henti beri komen biadab terhadap ibunya serta menghormati ibu orang lain jika mahu ibu sendiri turut dihormati.

“Jadi tolong henti beri komen biadab kepada ibu saya. Hormat mak orang lain kalau nak orang hormat mak kita okay.”-Pesan Wafariena

Dipetik dari laporan Harian Metro, ibu kepada Wafariena, Suzana Hamad meluahkan rasa terkilan terhadap tindakan pelakon dan usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli yang telah cuba mengaitkan anak perempuannya dengan ‘gosip cinta’ murahan di media sosial.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.