21.7 C
Malaysia
Sunday, September 15, 2024

Latest Posts

“Ini Semua Kerja Mafia”- Jovian Mandagie Perjelaskan Isu Pelitup Muka ‘Hauk’

Usahawan dan pereka fesyen terkenal yang juga menteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu Datuk Jovian Mandagie tampi memberikan peljelasan selepas teruk dikecam mengenai isu pelitup muka SIRIM.

Banyak Pihak Salah Faham

Menerusi Insta Stories, Jovian tampil memberikan penjelasan selepas ramai pihak telah salah faham dengan kenyataan beberapa hari yang lalu berhubung isu pelitup muka “hauk” dan memberitahu bahawa dirinya tidak berniat untuk  memperkecilkan mana-mana jenama pelitup muka di pasaran.

“Saya nak jelaskan sikit pasal pelitup muka “hauk” tempoh hari. Banyak yang salah faham, apa yang saya maksudkan tu ialah pelitup muka Jovian Mask Tiruan’ yang berleluasa di pasaran.

Tak ada niat saya nak memperkecilkan mana-mana jenama pelitup muka lain di pasaran. Lebih 2 tahun Jovian Mask Tiruan berada di pasaran mengambil kesempatan  guna design kami, nama kami dan logo kami untuk kepentingan masing-masing sehingga menipu pengguna.”-Jelas Jovian

“Bukan Permintaan Saya Mahupun Keuntungan Bagi Saya”

Tambahnya lagi, Jovian turut memberikan penjelasan berhubung pelitup muka SIRIM yang hangat diperkatakan oleh warganet di media sosial dan ianya bukan permintaan mahupun keuntungan baginya.

“Issue SIRIM, bukan permintaan saya mahupun keuntungan bagi saya. FYO, once the law imposed it will incur most cost to us asa a seller? Dari mana pulak saya akan untung lebih?

Dan saya boleh jamin pada anda semua bahawa jenama saya bukan yang pertama untuk ada penandaan SIRIM. Banyak brand di luar sana dah ada SIRIM stamp. Kita ni baru je nak apply.”-Jovian Mandagie

Di akhir penjelasannya di Insta Stories, Jovian turut meminta pihak terlibat untuk tidak mencaci dan memfitnah perkara yang bukan mengenai perniagannya. Malah, dia turut berharap isu yang mencetuskan perdebatan di media sosial itu akan tamat dengan cepat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.