27.3 C
Malaysia
Saturday, October 5, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

“Ini Kali Pertama Saya Dapat Fokus Pada Diri”-Shila Amzah Lalui Proses Bertenang Selepas Bercerai

Penyanyi, Shila Amzah tampil membuat perkongsian bahawa ini adalah kali pertama dia dapat memberikan tumpuan pada diri sendiri selepas berpisah dengan suaminya.

Pernah Terguris Dengan Perkara Negatif 

Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Shila mengimbas  kembali usia mudanya dan akui mudah terguris dengan segala apa yang dilontarkan oleh netizen ketika itu.

“Dikala muda, sha selalu akan cepat terguris dengan negativiti. Benda yang orang cakap, benda yang orang tulis.

Apa sahaja lah yang berbaur negatif, sha akan sangat cepat tersinggung.”- dedah Shila

Tambahnya lagi, dia menyedari bahawa ia adalah perkara yang paling kurang bijak untuk dilakukan kerana orang akan memendam dan membalasnya dengan lebih teruk.

“Tetapi apabila tahun berlalu, saya menyedari bahawa, ia adalah perkara yang paling bodoh untuk dilakukan kerana orang akan menyimpan resit itu, ia akhirnya akan menyerang anda dengan lebih teruk walaupun anda tidak bersalah.”- katanya

https://www.instagram.com/p/Ca8ZuQRvgqf/

Pertama Kali Dapat Fokus Pada Diri

Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah turut memberitahu bahawa buat pertama kalinya dapat memberikan fokus pada diri sendiri adalah pada Februari lalu.

“Selepas bercerai, Iddah pun belum habis. Ini adalah kali pertama saya dapat fokus pada diri saya. Seumur hidup memang saya sentiasa memberikan diri saya kepada orang lain.”- katanya lagi

Terdahulu, Murai.my melaporkan Shila memaklumkan telah sah bercerai dengan suaminya. Dedah Shila pada Disember tahun lalu, ketika itu dia sudah dua bulan tidak tinggal sebumbung dengan Haris.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.