Penampilan penyanyi terkenal, Aina Abdul ketika membuat persembahan pembukaan di Anugerah industri Muzik ke-23 (AIM23) malam tadi mencuri perhatian ramai.
Persalinan Putih Mewah Rekaan Rizman Ruzaini
Aina dilihat menggayakan persalinan putih berhias jemeki kristal dan lengan mega berteman pelepah ostrich mewah hasil rekaan pereka terkenal, Rizman Ruzaini.
“Alhamdulillah, selesai persembahan di AIM. Thank you to my glam team yang siapkan Aina malam ni (11/9). I love every bit of this look. And to my sound team yang memudahkan perjalanan nyanyian Aina.”-Tulis Aina di Instagram
Dipuji Ramai
Tinjauan Murai MY di ruangan komen mendapati rata-rata peminat membanjiri hantaran Aina di Instagram dengan kata-kata pujian terhadap penampilan penyanyi lagu Sumpah itu.
“Queen Aina cantiknya!! MasyaAllah.”
“Cantik gila tahu tak!! Aaa nak nangis! Cantik sangat-sangat!!.”
“Dah macam baju akad nikah dah 😂😂❤️.”
“Lawa giler giler 😍🔥🔥.”
Sekadar info, Aina Abdul membuat persembahan pembukaan pada malam tadi di Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, semalam