Berita tular mengenai bekas atlet paralimpik renang, Koh Lee Peng yang terpaksa menjual sarung tisu untuk menyara hidup mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah penyanyi popular era-90, Francisca Peter yang menganggap perkara yang berlaku sangat menyedihkan bagi ahli sukan.
“Ini Sungguh Menyedihkan”-Francisca Peter
Menerusi laman Twitter, pelantun Sekadar Di Pingggiran ini memberitahu bahawa berita yang tular itu sangat menyedihkan terhadap wanita dan para ahli sukan.
“Ini sungguh menyedihkan dan paling tidak baik terhadap ahli sukan dan wanita.”-Francisca Peter
Tambahnya lagi, dia turut memberitahu bahawa para atlet seharusnya dilayan dengan penuh hormat dan diberikan lebih banyak faedah dan keistimewaan.
“Ini adalah satu keaiban. Mereka seharusnya dilayan dengan penuh hormat dan diberikan lebih banyak faedah dan keistimewaan.”-Francisca Peter
Pelbagai Reaksi Netizen
Tinjauan Murai di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih terhadap apa yang berlaku terhadap bekas atlet tersebut.
“Sedih untuk membaca mengenai ini. Berharap ada kuasa yang membuka mata dan telinga untuk membantu.”
“Saya tidak percaya ini benar-benar berlaku dalam negara kita. Saya sangat sedih dan malu mengenai hal ini.”
“Sebenarnya, mereka sepatutnya mempunyai perancangan untuk menyokong atlet kelainan upaya ini kerana mereka terdedah terdedah kepada bahaya berbanding dengan atlet biasa. DEan anda tahu, jika orang kelainan upaya lain, mereka mungkin telah mempelajari kemahiran yang lain sewaktu latihan atlet.”
Baru-baru ini, seorang warganet di Twitter yang dikenali sebagai @fxwxb menceritakan bahawa dia terserempak dengan seorang bekas perenang paralimpik Orang Kelainan Upaya (OKU), Koh Lee Peng yang menjual sarung tisu di Bukit Bintang untuk menyara hidup.
Sekadar info, Koh Lee Peng pernah mengharumkan nama negara di peringkat sukan paralimpik antarabangsa. Dalam tempoh lima tahun bermula tahun 2001 hingga 2005, beliau pernah meraih tujuh pingat emas dan tiga pingat perak untuk negara.