Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai pengarah terkenal, Syamsul Yusof yang memaklumkan kononya filemnya boleh dikritik tetapi biarlah berilmu. Atas kejadian itu, dia tampil untuk memberikan penjelasan kepada umum mengenai isu tersebut.
Tajuk Yang Mengelirukan
Syamsul Yusuf tampil dengan menjelaskan kepada umum di Instagram Story bahawa banyak media yang salah menggunakan tajuk berita sehingga memberi kekeliruan kepada umum. Dari tajuk itu, dia mendapat pelbagai reaksi dan komen negatif dari netizen.
Tajuk berita yang mengelirukan. saya mendapat reaksi buruk/negatif daripada orang ramai
Cadangan Memperbaiki Industri Hiburan
Dalam pada itu, Syamsul juga turut menyuarakan bahawa dia sebenarnya berkongsikan kepada umum mengenai pendapat dan cadangannya untuk memperbaiki industri filem tempatan. Baginya banyak maklumat penting yang boleh diambil kira, tetapi tidak di tekankan dalam penulisan oleh pihak media.
https://www.instagram.com/p/CWxI9RvgeV5/
Industri Hancur Kerana Orang Industri Itu Sendiri
Syamsul menyatakan banyak media yang salah menggunakan tajuk berita dan berpendapat bahawa industri hiburan tidak akan berkembang jika masih ramai yang berfikiran cetek.
Tambahnya lagi, dia menyatakan bahawa dari dahulu lagi industri hiburan hancur kerana orang itu sendiri.