Umum mengetahui bahawa penyanyi rap, Yonnyboii telah mengikat tali pertunangan dengan seorang wanita yang juga pensohor media sosial, Nik Nazira.
Terkejut Bekas Kekasih Jadi Tunang Yonnyboii
Walaubagaimanapun, memetik dari laporan Harian Metro, penyampai radio Hot FM, Imran Aqil akui terkejut bahawa bekas kekasihnya itu telah bertunang dengan penyayi rap tersebut.
“Kami sebenarnya berkawan bermain ‘game bersama. jadi apabila putus cinta pada 9 September lalu, tidak sangka mereka akhirnya mengikat tali pertunangan.”-Jelas Imran kepada Harian Metro
Doakan Kebahagian Buat Mereka
Walaubagaimanapun, adik kepada pelakon Nabil Aqil ini mendoakan kebahagiaan buat bekas kekasihnya dan Yonnyboii.
“Walaupun hampir dua tahun menyulam cinta, namum kami tidak ada jodoh. Saya memilih untuk tidak membuka kisah lagi kisah lalu dan memandang ke depan.
Saya doakan mereka berbahagia, cuma buat diri saya, beri sedikit ruang dan masa.”-jelasnya lagi
Sekadar info, Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammaq Haqeem Nuriman Nor Azrin mengumumkan bahawa beliau sudah bertunang dengan seorang wanita bernama Nik Nazira pada 9 Oktober 2021. Difahamkan majlis pertunangan tersebut diadakan secara ringkas di ibu negara yang hanya dihadiri kenalan terdekat.