Pelakon kacak, Idris Khan tampil menjawab persoalan peminat mengenai jarang muncul di kaca televisyen sewaktu berkongsi pautan Ask Me A Question di Instagram miliknya.
Dalam persoalan itu, ada yang memberi tanggapan Idris hanya muncul seperti hanya sekali dalam setahun.
“Why setahun sekali je keluar TV. Need more!”-Soal peminat di Instagram
Tidak Suka Lakukan Perkara Sama
Idris kemudian memberitahu dirinya tidak suka untuk melakukan perkara yang sama dan sentiasa mahu kemajuan dalam hidupnya.
“Sebab, saya ni orang yang suka be static in life, hidup saya kena sentiasa ada progress, saya tak suka ulang buat benda yang sama. which is why saya tak boleh kerja office 9-5.”- dedah Idris
Memilih Skrip Yang Menarik & Berbeza
Dedahnya lagi, dia lebih gemar untuk memilih skrip yang menarik dan berbeza kerana beranggapan tidak boleh berlakon didalam sebuah naskah yang mengandungi skrip sera jalan cerita yang sama. Malah, dia turut inginkan cabaran yang baru di dalam lakonan.
“Sebabnya adalah pertama sekali, saya sekarang memilih skrip yang best dan lain baru saya buat, sebab saya tak boleh dah nak berlakon skrip jalan cerita yang sama kahwin paksa cerai. Saya perlukan cabaran baru.”- jelasnya
Sibuk Dengan Perniagaan
Selain itu, Idris mendedahkan dia sedang sibuk dengan perniagaan yang kini menjadi fokus utamanya dan meletakkan karier lakonan sebagai sampingan.
“Yang kedua, saya sibuk dengan perniagaan saya. So itu main focus saya, bila saya ada kelapangan dan skrip tu best baru saya buat.”- dedahnya lagi
Terdahulu, Idris menarik perhatian peminat dengan menjawab persoalan mengenai hubungannya dengan pelakon jelita, Intan Najuwa. Idris memberitahu hubungannya dengan Intan hanya sekadar kawan baik dan tidak lebih daripada itu.