24.9 C
Malaysia
Saturday, October 26, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Idris Khan Dedah Keputusan SPM-nya, Bukti Ia Bukanlah Pengakhiran Hidup

Ramai pelajar yang telah mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang cemerlang, berkongsi pencapaian mereka di media sosial masing-masing.

Dan ada juga pelajar yang berkongsi rasa sedih dengan selebriti pilihan, kerana pencapaian SPM kurang yang dimiliki memuaskan.

Menyentuh isu keputusan peperiksaan, pada minggu lalu aktor Idris Khan ada berkongsi pandangannya mengenai hal tersebut apabila mendapat mesej dari pengikutnya yang berasa ingin putus asa dengan peperiksaan besar itu.

Foto – Instagram Idris Khan @theidriskhan

Keputusan SPM Bukan Pengakhiran Hidup

Pelakon berbakat ini berkongsi pandangannya bahawa keputusan SPM bukan pengakhiran kehidupan, sebaliknya ianya adalah permulaan hidup seseorang itu.

Merujuk kepada dirinya yang mana keputusan SPM yang dimiliki tidak secemerlang orang lain tetapi lihat rezeki yang dikecapi hari ini, dirinya sangat bersyukur dan menunjukan bahawa setiap insan memiliki rezeki yang berbeza walau apa pun keputusan SPM seseorang itu.

“Pertama sekali keputusan (result) SPM bukanlah pengakhiran hidup kamu. Saya secara peribadi (personally) tak kisah kamu dapat 15A, 10A, 5A atau semua D. Saya dulu keputusan (result) 4A. 3B, 1D. Dan lihat rezeki saya hari ini, Alhamdulillah.” Tulisnya di Instagram Story

Foto – Instagram Idris Khan @theidriskhan

Usaha Sehabis Baik, Itulah Keputusan Yang Dimiliki

Bukan itu saja, Idris Khan juga menyatakan dengan berusaha sehabis baik maka itulah yang akan menjadi hasil  keputusan atau pencapaian yang dimiliki nanti.

Tambahan lagi, aktor ini menyentuh sistem peperiksaan yang dijalankan lebih kepada kekuatan memori jadi mereka yang mempunyai kekuatan ingatan yang kuat lebih mudah untuk skor keputusan dalam peperiksaan.

Foto – Instagram Idris Khan @theidriskhan

“Apa yang penting adalah USAHA kamu, saya dulu usaha sehabis baik dan itu keputusan (result) saya. Jadi (So) adakah bermaksud orang yang dapat lebih A dari saya, dia lebih baik dari saya?

Tidak (No), hidup lebih dari sekadar A dalam SPM kamu (life is more than just A’s in your SPM).

Lihat secara nyata (Let’s be real), majoriti sistem peperiksaan (examination) kita berlandaskan memori, siapa kuat (power) hafal senang untuk skor (score).” Tulisnya lagi

Idris Khan Kurang Setuju Pemberian Wang Kepada Pelajar Yang Skor Tinggi SPM

Selain itu, aktor ini juga berkongsi pandangan bahawa dirinya kurang setuju dengan pemberian wang kepada pelajar yang skor tinggi dalam SPM.

Kerana ia seolah-olah membuatkan pelajar tidak mendapat keputusan yang tinggi seperti tidak berguna dan akan membuatkan pelajar jadi lebih tertekan dan berasa rendah.

Foto – Instagram Idris Khan @theidriskhan

“Juga (Also) saya secara peribadi (personally) tak setuju dengan pemberian duit kepada mereka yang skor (score) tinggi SPM. Anda buat (you make) orang yang dapat kurang, rasa worthless/tak berguna, desak mereka (pushes them) untuk rasa rendah (down) dan depresi (depressed).” Tulis Idris Khan

Pelakon ini juga menyatakan bahawa kita semua harus menyambut usaha yang dilakukan dan jika gagal jangan putus asa dan cuba perbaiki diri demi masa depan sendiri.

“Jadi Jangan putus asa (give up), fokus (focus) dan cuba yang terbaik. Kalau gagal, usah gusar terus maju kehadapan (keep moving).” Tulisnya lagi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.