20.9 C
Malaysia
Saturday, September 14, 2024

Latest Posts

Ibu Tertekan Sampai Hidap Semula Kanser, Syed Saddiq Luah Rasa Bersalah & Sedih

Baru-baru ini Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah menghadiri ke mahkamah pada hari pertama bagi perbicaraan kes yangt dihadapinya iaitu empat pertuduhan berkaitan pecah amanah dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dan penggubahan wang haram.

“Mama Kena Tekanan Sampai Menghidap Semula Kanser”

Menerusi foto yang dimuatnaik di Instagram, Syed Saddiq meluahkan perasan kecewa apabila ibunya mendapat tekanan sehingga disahkan menghidap semua penyakit kanser.

“Prosecutor panggil mama saya. Sedih, kecewa, marah. Rasa bersalah sangat-sangat kerana keengganan saya untuk lompat parti dan sokong kerajaan, Mama dan Abuyah diheret sekali. Mama disiasat SPRM dari 9 pagi sampai 8.30 malam, banyak kali.

Mama mengajar di pusat tuisyen pun dikatakan salah dan boleh hilang pencen. Mama kena tekanan sampai doktor sahkan Mama menghidap semula kanser.”-kongsi Syed Saddiq

Ibunya Titip Pesanan Agar Jangan Berasa Takut

Akui bukan mudah meletakkan seorang ibu dalam situasi begitu, Syed Saddiq menceritakan bahawa ibunya menitipkan pesanan agar dia jangan berasa takut dan berani kerana benar.

“Bukan mudah apabila terpaksa meletakkan Mama dalam situasi begini. Waktu mula-mula Mama disoal siasat di SPRM, saya rasa sangat bersalah. Tetapi Mama lah yang pesan supaya saya jangan takut dan berani kerana benar”-Jelas Syed Saddiq

via Instagram Syed Saddiq

Ahli Parlimen Muar turut menitipkan ucapan terima kasih buat ibunya yang sentiasa memahami prinsipnya dan tekad untuk berjuang demi negara tercinta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.