24.5 C
Malaysia
Saturday, September 14, 2024

Latest Posts

Ibu Terpaksa Jalani Pembedahan, Harris Anuar Mohon Doa Orang Ramai

Pelakon dan model, Harris Anuar berkongsi khabar sedih mengenai ibunya, Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton yang terpaksa menjalani pembedahan semalam di sebuah pusat perubatan.

“Doakan Kesihatan Ibu Saya Ye!”

Menurut Harris menerusi hantaran di Instagram, ibunya terpaksa menjalani pembedahan untuk meringankan kesakitannya.

“Doakan kesihatan ibu saya ye! Harini (7/9)  mummy terpaksa operate demi kesihatan mummy.”-Tulis Harris

Sedih Tak Dapat Temani Ibu Ke Bilik Pembedahan

Dalam pada itu, bekas peserta Hero Remaja 2017/2018 ini turut meluahkan rasa sedih tidak dapat menemani sehingga ke bilik pembedahan disebabkan tuntutan kerja.

“Sedih sebab aboy tak dapat nak teman mummy hingga ke operation theatre sebab shooting. Thank you kakya temankan mummy! @nadiaannuar! Be strong mummy @lagendakakton aboy loves you!! Cepat-cepat sihat ye mummy.”-Tulis Harris Anuar

Peminat Titip Doa

Di ruangan komen, rata-rata peminat tampil menitipkan doa buat ibu Harris Annuar agar diberikan kesembuhan dengan cepat.

“Semoga cepat sembuh mummy @lagendakakton.”

“Semoga dipermudahkan operation Mummy Abang @harrisannuar.”

“Mummy is stronggg  ❤️💪🏻 @lagendakakton. Semoga cepat sembuh.”

Sama-sama kita doakan agar ibu Harris Annuar diberikan kesembuhan dengan cepat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.