30.4 C
Malaysia
Saturday, September 14, 2024

Latest Posts

Ibu Berada Di Zon Merah, Memey Suhaiza Mohon Doa Orang Ramai

Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza berkongsi khabar sedih mengenai ibunya, Norlela Binti Abdul Rahman yang kini sedang berada di zon merah di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

Ibu Berada Dalam Keadaan Lemah

Menerusi hantaran di Instagram, Memey yang tidak mendedahkan punca penyakit turut meminta orang ramai mendoakan ibunya yang kini sedang berada dalam keadaan yang lemah.

“Di hari yang penuh keberkatan ini, Mummy nak minta tolong mohon doakan mak mummy Norlela Binti Abdul Rahman diberikan kekuatan & kesembuhan .

“Mak ditempatkan di zon merah sebab dalam keadaan yang lemah di HSI. Terima kasih banyak buat semua yang sudi doakakan yang baik-baik.”-Tulis Memey

via Instagram Memey Suhaiza

Peminat & Rakan Artis Titip Doa

Ruangan komen pelakon dan usahawan ini dibanjiri dengan komen para artis dan peminat yang menitipkan doa buat ibunya agar diberikan kesembuhan dengan cepat.

“Allah Hu Akbar …Makkkkkk semoga Yg baik baik utk Mak🤍🤲 Ya Allah Ya Rabbi,Tarik la segala sakit Mak,Sembuhkan La segala Sakit nya Ya Rabbi ..Ameen 🤍 Salam sayang Buat Mak.”-Rebecca Nur Al Islam

“Semoga cepat sembuh buat mama Memey. Pulih sediakala..Aminn.”-Alha Alfa

“Semoga mak diberi kesembuhan yang hakiki.”

“Moga dikurniakan kesihatan dan kesembuhan buat mak dan dimudahkan segala urusan.”

via Instagram Memey Suhaiza

Sama-sama kita doakan agar ibu kepada Memey diberikan kesembuhan dengan cepat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.