32.2 C
Malaysia
Saturday, September 14, 2024

Latest Posts

“Ianya Telah Diselesaikan Dengan Cara Baik” – Ben Amir Perjelaskan Isu Kes Saman Bersama Pihak Produksi

Kes saman sebuah syarikat produksi terhadap pelakon Ben Amir selesai selepas pihak-pihak terlibat bersetuju menyelesaikannya secara baik.

Ben Amir Langgar Perjanjian?

via Instagram Ben Amirr

Sebelum ini, Elisa Vision memfailkan saman terhadap Ben Amir selepas pelakon lelaki tersebut melanggar perjanjian apabila dia enggan meneruskan penggambaran drama bertajuk ‘Demi’.

Ketika penggambaran di Scotland, pandemik Covid-19 mula melanda tetapi penggambaran diteruskan dengan mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi Prosedur Operasi Standrad (SOP).

Ben Amir Diminta Membayar RM100,00

via Instagram Ben Amirr

Bagaimanapun, pada 27 Mac 2020, Ben Amir telah pulang ke Malaysia tanpa pengetahuan daripada produksi dan meninggalkan semua kru produksi serta pelakon-pelakon lain.

Antara terma penyelesaian tersebut ialah, Ben Amir atau nama Muhammad Amir Sabaruddin, bersetuju membayar RM100,000 kepada syarikat Elisa Vision Sdn. Bhd secara ansuran selama lima kali bayaran bermula 10 Mei ini.

Ben Amir Keluarkan Kenyataan Di Instagram

via Instagram Ben Amirr

Rentetan dari kejadian tersebut, Ben Amir akhirnya bersuara dan menjelaskan perkara sebenar yang terjadi antara dirinya dan pihak produksi.

Menurut perkongsian di Instagram, Ben Amir menyatakan bahawa kes tersebut telah diselesaikan secara damai dan diselesaikan dengan cara yang baik.

Netizen Puji Tindakan Ben Amir

Tindakan Ben Amir yang mengeluarkan kenyataan tersebut telah mendapat perhatian netizen. Rata-rata bersetuju dan bangga dengan keberanian Ben Amir dalam mengeluarkan kenyataan yang jelas di Instagram.

Tidak ketinggalan, ada juga netizen yang turut menyatakan bahawa mereka tetap menyokong Ben Amir walau apa pon terjadi padanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.