29.4 C
Malaysia
Sunday, September 1, 2024

Latest Posts

‘I Love You Nina’- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina

Industri hiburan telah dikejutkan dengan satu khabar mengejutkan mengenai  pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh yang mengesahkan sudah berpisah selepas 11 tahun hidup bersama.

“Kami Masih Kawan…”

Berita perpisahan itu dikongsi sendiri oleh Noh dan Mizz Nina menerusi hantaran di laman Instagram masing-masing yang membuat keputusan bersama untuk bersama.

“Saya dan Noh ada pengumuman penting untuk dilakukan.

Kami berdua telah bersetuju untuk berpisah. Jangan risau, kami masih kawan dan kami berharap yang terbaik untuk satu sama lain.”-Tulis Mizz Nina

Barisan Selebriti Hadir Beri Sokongan

Di ruangan komen hantaran Mizz Nina, barisan selebriti seperti penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Shila Amzah, Fazura, Ummi Nazeera dan ramai lagi memberikan sokongan dan menitipkan doa agar Mizz Nina terus kuat hadapi ujian.

“I love you nina ❤️ hugss @officialmizznina.”-Shila Amzah

“Moga Allah SWT permudahkan segalanya buat anda dan anak lelaki anda.”-Fazura

“With difficulty double eases. Sending u lots of love.”-Ummi Nazeera

“Fii aamanillah ukhti.”-Siti Nurhaliza

“Doa buat anda berdua, dan bayi juga. Semoga diberi kekuatan untuk mengharungi apa jua perkara, Allah SWT lebih mengetahui.”-Vivy Yusof

Dipetik dari laporan Harian Metro, pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, semalam.

Noh Salleh dan Mizz Nina mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Pasangan ini juga mempunyai seorang anak angkat iaitu Musa yang diumumkan di media sosial pada sekitar April lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.