Aktor filem Armageddon, Bruce Willis dilaporkan telah mengumumkan persaraannya dari dunia lakonan disebabkan penyakit yang dihidapinya.
Alami Masalah Kesihatan & Didiagnosis Hidap Aphasia
Khabar sedih ini telah diumumkan oleh bekas isterinya yang juga pelakon, Demi Moore yang mendedahkan bahawa Bruce sedang mengalami beberapa masalah kesihatan dan telah didiagnosis aphasia, yang memberi kesan kepada kebolehan kognitif.
“Kepada penyokong Bruce yang mengagumkan, sebagai keluarga kami mahu berkongsi bahawa Bruce yang disayangi telah mengalami beberapa masalah kesihatan dan baru-baru ini telah didiagnosis dengan aphasia, yang memberi kesan kepad akeboleh kognitifnya.”-Dedah Demi Moore
Bruce Meninggalkan Kerjaya Yang Sangat Bermakna Baginya
Tambah Demi, akibat daripada masalah kesihatan dan penyakit yang dihidapinya telah menyebabkan Bruce meninggalkan kerjaya yang sangat bermakna baginya dan akui ianya sangat mencabar buat mereka.
“Akibat daripada ini dan dengan pelbagai pertimbangan, Bruce meninggalkan kerjaya yang sangat bermakna baginya. Ini adalah masa yang sangat mencabar untuk keluarga kami dan kami amat menghargai kasih sayang dan sokongan anda.”-Demi Moore
Dipetik dari John Hopkins Medicine, penyakit Aphasia adalah language disorder yang disebabkan oleh kerosakan pada kawasan tertentu otak yang mengawal ekspresi dan pemahaman bahasa. Aphasia menyebabkan seseorang tidak dapat berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain. Ramai individu yang mengalami Aphasia akibat dari strok.