27.3 C
Malaysia
Saturday, October 5, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Haziq Hussni Tak Gaduh Dengan Jihan & Elly


Pengacara dan penyampai radio, Haziq Hussni memilih jalan untuk tidak masuk campur mengenai kemelut yang berlaku melibatkan dua pengacara, Jihan Muse dan Elly Mazlein.

Haziq tak ada masalah dengan Jihan dan Elly

Ketika ditemui, Haziq atau nama sebenarnya Muhammad Haziq Irfan Hussni berkata, dia juga dan berharap agar kedua rakannya itu dapat menyelesaikan sendiri isu yang berlaku.

Saya memang ada jumpa mereka berdua. tapi saya tidak menyentuh apa-apa tentang isu tersebut.

Sewaktu saya berjumpa dengan Elly dia hanya tanya saya okay atau tidak. Lagi pun Instagram Story yang dibuat pun Elly ada tag saya.

Saya pun ada baca juga apa yang berlaku. Saya pun tak tahu nak beri respon yang bagaimana.

Kita biarkan sahaja pada mereka berdua untuk selesaikan masalah ini.

Haziq berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media program Borak SeeNI yang bertempat di Astro, Bukit Jalil pada Rabu.

Tak nak komen panjang

Tambah bapa kepada dua cahaya mata itu, dia tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai kemelut yang berlaku dan menganggap perkara itu juga tidak mempunyai kaitan dengan dirinya.

Apa yang berlaku antara mereka saya tidak ikut campur. Pada waktu itu kami (dengan Jihan) hanya mahu memperkenalkan pemuzik. Saya pun menyanyi lagu Mengintai Dari Tirai Kamar.

Situasi itu berlaku ketika waktu rakaman beberapa minggu lalu.

Bagi pihak saya, tidak ada apa yang boleh saya jelaskan kerana bukan saya yang mengeluarkan kenyataan itu tetapi Jihan (kontroversi).

Jadi saya tak berani nak komen apa-apa untuk pihak mereka (Jihan dan Elly). Saya hanya melakukan kerja saya

Ini satu pengajaran buat saya.

Dalam pada itu, bekas pengacara Melodi menjadikan isu yang terjadi sebagai satu pengajaran buatnya dan akan lebih berhati-hati dalam bidang pengacaraan di masa akan datang.

Saya pun masih baru dalam bidang pengacaraan. Saya anggap apa yang berlaku ini sebagai satu pengajaran.

Sebagai seorang selebriti dan hos, kalau tidak berlaku pada kita pun mungkin ia akan berlaku kepada orang lain.

Secara peribadi saya tidak mempunyai apa-apa masalah dengan mereka berdua.

Terdahulu, Elly Mazlein mencuri perhatian apabila memuat naik beberapa hantaran di Instagram Story mengenai sikap segelintir pihak yang didakwa suka menjadikan dirinya sebagai bahan jenaka.

Menurut pelantun ‘Janji Kekasih’ itu, dia berharap tidak menjadi seorang pengacara yang gemar memerli orang secara terbuka di atas pentas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.