21.6 C
Malaysia
Sunday, December 1, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Hawa Rizwana Sedih Dituduh Guna ‘Kabel’ Jadi Penyampai Berita

Semakin dikenali ramai! Itulah yang boleh kami gambarkan mengenai penyampai berita Buletin Utama, Hawa Rizwana Redzuan,23 yang kini sering kali menghiasi kaca televisyen rakyat Malaysia pada jam 8 malam. Meskipun masih muda, namun ternyata figura ini punyai auranya tersendiri.

Sedih Bapa Difitnah 

Disebalik pelbagai pengalaman manis dikecapi, timbul pula perasaan kurang senang daripada sesetengah netizen yang mendakwa Hawa berpeluang menjadi penyampai berita disebabkan oleh bantuan bapanya yang merupakan seorang bekas pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM), Ahmad Redzuan Abdul Rahman sekitar 90-an. Akui Hawa menerusi laman Instagram nya, dia berasa sedih dan terkilan dengan tohmahan tersebut sehingga melibatkan nama baik bapanya.

Berterima Kasih Kepada Bapa

Jelas Hawa, berdirinya dia hari ini sebagai pembaca berita bukanlah kerana ‘kabel’ seperti yang didakwa sesetengah netizen sebaliknya ianya merupakan hasil usahanya selama ini yang bermula dari pensyarah universiti yang menghantar namanya dan rakan-rakan untuk menjalani latihan industri di syarikat penyiaran itu. Tambah Hawa lagi, disebalik kecaman tersebut sebenarnya Hawa berterima kasih kepada bapanya kerana sering memberi dorongan dan tunjuk ajar termasuklah ketika dia mengendalikan segmen khas bersempena dengan Hari Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong baru-baru ini.

Biarpun terdapat kecaman tersebut yang mengguris hatinya, rata-rata pengguna media sosial yang lain turut mengagumi bakat yang ada pada Hawa selain mengharapkan agar dia terus tabah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.