34.6 C
Malaysia
Friday, September 20, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

‘Hati Rasa Berdebar, Keadaan Datuk K Boleh Dikatakan Parah’


Penyanyi nombor satu negara, mengimbas kembali pengalaman menjaga suaminya Datuk Khalid Muhamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K ketika terlibat dalam satu kemalangan.

Berita yang mengejutkan

Menerusi podcast Apa Cerita?, Siti mendedahkan detik ketika dia mendapat perkhabaran berkenaan suaminya yang kemalangan di New Zealand.

Ketika itu saya sedang mengadakan tour di Indonesia. Dah ada dalam kapal terbang, tinggal nak tutup pintu dan sudah bersedia untuk berlepas.

Saya dapat panggilan telefon, sebenarnya panggilan itu dah banyak kali. Telefon saya ketika itu tiba-tiba masalah, mereka saya langsung.

Kak Rozie (pengurus) buka sekejap telefon dan perasan banyak panggilan masuk. Datuk Zaiton (kakak ipar) telefon dan beritahu Datuk K kemalangan. Dia menangis dan minta saya balik.

Menurut penyanyi berusia 45 tahun tersebut, dia beruntung kerana pihak penganjur memahami keadaan yang sedang dihadapinya ketika itu.

Kebetulan penganjur dan artis-artis yang terlibat dalam satu pesawat. Kemudian saya beritahu dan minta maaf kepada penganjur sebab suami kemalangan di New Zealand.

Mereka kata tak mengapa dan minta saya balik.

Dalam masa yang sama, ibu kepada dua orang anak itu turut diuji dengan penerbangan yang mengambil masa satu hari.

Ketika itu, sangat susah nak dapatkan penerbangan sebab ramai yang nak . Jadi saya terpaksa ambil penerbangan transit banyak kali. Perjalanan ambil masa lebih kurang 24 jam. Hati tu berdebar jangan cakap lah.

Datuk K kata, ‘cepatlah datang’. Keadaan Datuk K ketika itu boleh dikatakan parah. Paling mencabar apabila doktor pun cuti.

Tanggungjawab isteri

Pada awalnya, pelantun lagu Dialah Di Hati itu ingin mengupah jururawat namun dia kemudian memilih untuk menjaga suaminya sendiri malah berehat sebentar dari dunia seni.

Saya ambil tanggungjawab itu, seluruh jiwa dan raga berkhidmat untuknya. Saya berhenti sekejap dari kerjaya selama enam bulan untuk jaga Datuk K sampai sihat.

Anak tiri kepada Siti iaitu usahawan, turut mengaguminya sebagai seorang isteri yang bertanggungjawab.

Semasa itu, kami adik-beradik nampak, ayah memang pilih wanita yang tepat. Mak Iti betul-betul berkorban jiwa dan raga. Masa itu emosi ayah pun tak stabil.

Ayah ni memang semangat nak sihat. Doktor kata beberapa tahun, tapi dia beberapa bulan sahaja dah sihat.

Untuk info, Datuk K terlibat dengan insiden motosikal di New Zealand pada tahun 2012. Akibat dari kemalangan itu, dia mengalami kecederaan di bahagian bahu, tangan dan kaki.

Sumber: TikTok Asyraf Khalid 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.