Penyanyi, Ernie Zakri tampil memberikan tweet yang “makan dalam” selepas tular video jutawan kosmetik, Dato Seri Vida yang mengaibkan bapa saudaranya yang juga penyanyi bersuara merdu, Anuar Zain sebagai kaum sejenis.
Titip Pesanan “Makan Dalam”
Menerusi laman Twitter, Ernie menitipkan pesanan untuk berhati-hati apabila berkata kerana pihak terlibat juga mempunyai ahli keluarga.
“Hati-hati bila berkata, Kita sendiri ada keluarga. Usah berkata bukan. Jaga anak-anak sendiri dahulu”-Ernie Zakrie
Dipersetujui Netizen
Tinjauan Murai dia ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh pelantun Ku Bersuara ini malah ada yang turut menyifatkan pihak terlibat itu sebagai seorang yang kaya tapi bersikap biadab.
“Kaya tapi biadab, low class! Low mentality!”
“Paling setuju sis!”
“Tepat sekali”
Baru-baru ini tular sebuah video pengguna laman TikTok yang mengulang siar hantaran DSV yang ditanya seorang netizen untuk menjadikan Anuar Zain sebagai suaminya. Vida kemudian dengan nada berbisik menggelarkan Anuar dengan gelaran kaum sejenis.