Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida menerima kecaman netizen yang mendakwanya sebagai “penunggang agama” kerana memilih nama “Sejadah Doa Makbul” untuk produk sejadahnya.
“Sejadah Ni Ada T&C tak?”-Netizen
Menerusi laman Twitter, netizen mula mempersoalkan nama yang dipilih oleh DSV sebagai nama sejadahnya. Rata-rata komen netizen mempersoalkan hanya menggunakan sejadah yang dijual oleh DSV, terus doa mereka termakbul.
“Nak kena sembahyang dulu ke boleh terus doa atas sejadah tu je lepastu terus makbul. Kalau berdoa kaya, terus jatuh duit dari langit ke?”-Netizen
“Lah dah tu pakai sejadah lain doa tak makbul ke? Agak2 la nak jual produk pun DSV oii.”-Netizen
Dikatakan Inspirasi daripada pintu kaabah, Hajarul Aswad, & Kiswah Di Masjidil Haram
Menerusi Instagram, Datuk Seri Vida menjelaskan bahawa sejadah yang dihasilkannya diinspirasikan daripada pintu kaabah, Hajarul Aswad, dan kiswah di Masjidil Haram.
“Rindu nak tatap kaabah. Teringat doa di Multazam waktu pergi umrah tahun tahun sebelum ini. Cara saya nak lepaskan rindu saya keluarkan sejadah yang diinspirasikan daripada pintu kaabah, Hajarul Aswad, Kiswah di Masjidil Haram.”- Datuk Seri Vida
Apa pendapat anda??