Nama pelakon dan pengacara, Harris Annuar secara tiba-tiba menjadi sebutan di laman Twitter pada petang Isnin berikutan dakwaan seorang netizen mengenai status Harris sebenarnya merupakan seorang duda dan mempunyai dua orang cahaya mata sebelum ini.
Gara-Gara Video Harris
Dakwaan tersebut muncul selepas tularnya video bekas peserta Hero Remaja 2017/2018 ini di laman Twitter. Menerusi ciapan tersebut, pada mulanya wanita berkenaan mengecam video Harris yang disifatkannya sebagai tidak kelakar sebelum bertindak mendedahkan kononnya Harris merupakan seorang duda.
Membalas komen dari pengguna yang lain, wanita itu turut mendakwa mempunyai wajah anak-anak pelakon TQ Captain ini dan meminta mereka untuk menghubunginya secara peribadi di ruangan Direct Mesej (DM).
Wanita Padam Komen,Harris Dakwa Fitnah Semata-Mata
Bagaimanapun,menerusi carian Murai.my kesemua ‘pendedahan’ tersebut telah dipadam selepas Harris membalas komen di laman Twitter. Jelas Harris, dakwaan tersebut hanyalah fitnah semata-mata dan turut meluahkan rasa kecewa terhadap wanita itu.
“Kesian awak ini tak pasal-pasal kena cari saya dekat Mahsyar nanti haih. Semoga berjaya menghasut orang dengan fitnah awak, minta ramai sikit yang percaya, lagi banyak pahala awak sumbang kepada saya” tulis Harris
ke laman Instagram, Harris turut berkongsi semula tangkap layar ciapan tersebut dengan menganggap fitnah tersebut sebagai petanda akhir zaman apabila fitnah telah berleluasa terutama di hujung jari.