21.7 C
Malaysia
Thursday, October 31, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Harris Alif & Intan Ladyana Bernikah 6 Februari, Peragakan Barang Kemas RM13.5 Juta

Sebentar tadi, menerusi sebuah sidang media yang diadakan pelakon, pengacara, dan penyanyi Harris Alif, 21 mengesahkan bahawa dia akan mendirikan rumahtangga bersama pelakon jelita, Intan Ladyana, 38.

Bernikah 6 Februari 

Mula menyulam cinta sejak Mac tahun lalu, hubungan pasangan ini bakal berakhir ke jenjang pelamin dengan memilih tarikh 6 Februari 2021 sebagai hari bahagia untuk pernikahan mereka sekaligus mengakhiri spekulasi percintaan yang hangat diperkatakan sebelum ini.

Bakal disatukan di sebuah masjid di ibu kota, Kuala Lumpur, Harris dan Intan tidak dapat menyembunyikan kegembiraan untuk beralih ke fasa perkahwinan meskipun terdapat perbezaan umur 17 tahun diantara mereka.

“Alhamdulillah hari ini terjawab teka-teki adakah betul kami akan berkahwin. Lega rasanya dapat kongsikan buat semua” kata Harris dalam sidang media itu

Dapat Tajaan Empat Majlis 

Mengimpikan hari bahagia yang bermakna, impian pasangan ini turut bakal direalisasikan ramai pihak penaja sepanjang empat acara penting mereka iaitu bagi acara malam berinai, majlis pernikahan, resepi, dan majlis bertandang.

Bagi persalinan mereka nanti, Dato Riffai akan menaja busana Harris dan Intan untuk malam berinai dan nikah, Hatta Dolmat bagi majlis resepsi, bagi acara memotong kek ditaja oelh Khairi Sufi dan busana dari Jimmy Couture serta Khai BK untuk majlis bertandang. Sementara, tata rias pula bakal dikendalikan barisan jurumekap tersohor, Bellahudd, Zulfadhly, Iansham, dan Cuki Ajis, manakala Emmie Lee selaku jurudandan.

Bakal Sarung Barang Kemas RM13.5 Juta

Tidak ketinggalan, pasangan itu juga bakal menyarung barangan kemas jenama terkemuka, Ceres Jewel bernilai RM13.5 juta pada majlis pernikahan serta resepsi. Manakala dekorasi pelamin daripada Afeer KL, Anna Weddings, dan Wedding By Emma untuk setiap majlis berbeza itu. DifahamkanUntuk fotografi dan videografi pula, pasangan ini mendapaktkan khidmat dari Fillea Studio dan Shahril Omaq.

Teristimewa sebelum hari bahagia mereka, Harris juga terlebih dahulu melancarkan lagu baharunya berjudul Anugerah yang semestinya didedikasikan buat jantung hatinya itu. Justeru, ia memberikan lebih makna tersendiri buatnya.Biarpun begitu, menurut Harris,Anugerah adalah sebuah lagu cinta yang benar-benar boleh dikaitkan dengan kisah cinta sesiapa jua.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.