27.3 C
Malaysia
Saturday, October 5, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Harith Iskander Persoal Mahkamah Kendali Kes Wanita Didenda RM80

Masih hangat tentang isu wanita warga Indonesia yang dikenali sebagai Kris Dayanti, 22, dijatuhkan hukuman denda RM80 oleh Mahkamah Majistret Kuala Kangsar. Hukuman itu dikenakan terhadapnya gara-gara gagal menjelaskan wang deposit RM50 yang terdapat di dalam akaun Maybank milik tertuduh.

Isu ini mendapat perhatian orang ramai termasuklah pelawak, pelakon dan pengacara terkenal tanah air, Harith Iskander.

Tidak Percaya Mahkamah Habiskan Masa Untuk Kes Tersebut

Menerusi perkongsian Harith di laman Facebook nya, pelawak ini mempersoalkan tindakan mahkamah kerana fokus menyiasat kes seumpama itu berbanding kes yang lebih serius.

Foto – Facebook Harith Iskander

“Jadi dia menerima denda RM80 kerana tidak dapat menjelaskan deposit RM50 dalam akaun banknya. Saya TIDAK boleh percaya mahkamah habiskan masa dan tenaga kendali kes ini.

Jika anda baca berita, anda akan mendapati ia melibatkan penyiasatan dalam dakwaan peras ugut ke atas video bogel pada aplikasi MiChat… Dan ia pergi sehingga ke mahkamah atas deposit RM50 yang mencurigakan.

Siapa boleh fikir cara lebih baik untuk mahkamah habiskan masanya?” tulisnya

Netizen Anggap Tindakan Mahkamah Tidak Munasabah

Perkongsian Harith itu mendapat perhatian dan komen warganet.  Rata-rata daripada mereka menyifatkan tindakan tersebut seperti tidak adil dan merasakan tindakan mahkamah menjatuhkan hukuman pada wanita malang tersebut sangat tidak munasabah.

Foto – Facebook Harith Iskander

“Saya tergamam!! Tiada apa yang mengejutkan saya lagi!”

“Apa???!!!!! Walaupun dia bukan lokal tapi ini tak masuk akal”

“Ketidakadilan yang merugikan negara!! Nak muntah darah”

“Ya, amat perlu bawa wanita malang ini ke muka pengadilan dan mendendanya kerana RM50 dalam akaunnya sementara berjuta-juta disedut dalam negara. Tahniah kepada pendakwa raya di negara ini kerana membazirkan wang pembayar cukai untuk kes seperti ini” komen mereka

Untuk info, transaksi wang yang dilakukan dengan menggunakan akaun bank milik wanita malang itu berkaitan dengan kes dakwaan peras ugut video bogel pada aplikasi MiChat. Difahamkan, akaun wanita tersebut sering dijadikan kambing hitam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.