Pelakon, pelawak dan pengacara, Harith Iskander meluahkan rasa berang berhubung isu yang tular baru-baru ini mengenai seorang lelaki warga emas yang mengelar leher anaknya sendiri .
“Kau Anggap Lelaki Ini Bagaikan Binatang??-Harith Iskander
Menerusi laman Twitter, Harith menganggap alasan tersebut sebagai alasan yang menyedihkan bagi seorang manusia yang sanggup membunuh.
“Ini adalah alasan yang menyedihkan dari seorang manusia. Kau anggap lelaki ni bagaikan binatang??”-ciap Harith
Di ruangan komen, beberapa pengikut Harith turut bersetuju dengan pandangan pelawak itu selain menyifatkannya sebagai tidak berperikemanusiaan.
Warga Emas Sanggup Kelar Anak Sendiri
Dipetik dari laporan Sinar Harian, seorang warga emas lelaki sanggup mengelar leher anaknya sendiri menggunakan sebilah pisau hanya disebabkan mangsa mengubah saluran televisyen di kediaman mereka pada Rabu.
Pihak polis turut mendedahkan bahawa warga emas yang sudah berusia 71 tahun itu mengaku bahawa berlaku pertengkaran antara dia dan anak lelakinya yang berusia 37 tahun pada pagi hari kejadian yang berpunca daripada mangsa yang menukar saluran televisyen.