Video tular mengenai ‘Raja Bomoh’, Ibrahim Mat Zin bersama seorang wanita yang dikenali sebagai ‘Puteri Zaleha’ yang melakukan ritual ‘cegah banjir’ mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah pelakon, pelawak dan pengacara, Harith Iskander yang turut memberikan cadangan kepada individu itu.
Akui Pernah Mengejek ‘Raja Bomoh’
Menerusi posting di Instagram, Harith akui pernah memerli ‘Raja Bomoh’ itu dan akui rakyat sudah berasa penat dengan kerosakan akibat banjir yang berlaku di beberapa buah negeri baru-baru ini.
“Raja Bomoh yang terkenal sudah kembali, kali ini melakikan ‘magic’ untuk mencegah banjir. Saya akui saya pernah mengejeknya sebelum ini..Tetapi rakyat begitu letih dengan kerosakan yang berlaku akibat banjir di Malaysia.
Pada kali ini saya rasa kita sanggup menerima semua dan apa-apa bantuan pada masa ini termasuklah kelapa yang dibawa ke udara.”- jelas Harith
Beri Cadangan Cipta ‘Sihir Halang Kerosakan & Kehilangan Nyawa’
Dikesempatan itu, Harith berseloroh dengan memberikan cadangan kepada ‘Raja Bomoh’ itu untuk mencipta sihir yang akan menghalang sebarang kerosakan dan kehilangan nyawa disebabkan oleh ketidakcekapan manusia.
“Daripada hanya ‘mencegah lebih banyak banjir’ mungkin Raja Bomoh boleh mencipta sihir yang akan MENGHALANG sebarang kerosakan dan KEHILANGAN NYAWA disebabkan oleh ketidakcekapan manusia”-Cadang Harith
Sekadar info, sebelum ini pernah tular di media sosial mengenai ritual yang dijalankan oleh Ibrahim Mat Zin bersama seorang wanita . Dan kini, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah membuka kertas siasatan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan meneliti tindakan sewajarnya terhadap mereka.