29.4 C
Malaysia
Sunday, September 1, 2024

Latest Posts

Harga Inai Murah Dipersoal, Che Ta Hairan Dengan Netizen?

Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan atau lebih mesra dikenali sebagai Che Ta telah melancarkan produk inai sejak bulan awal bulan Jun lalu dan boleh dikatakan sambutannya agak menggalakkan.

Ada Yang Persoal Harga Inai Murah?

Baru-baru ini Murai MY menjengah ke Instagram Che Ta di mana pelakon jelita berkongsi satu perkongsian di media sosialnya mengenai harga produk inai yang dijualnya.

Menurut apa yang dikongsikan Che Ta, terdapat segelintir pihak yang menyoal mengapa selebriti serba boleh ini tidak meletakkan harga yang mahal pada produk inai tersebut.

Che Ta menjelaskan dia tidak mahu meletakkan harga terlalu tinggi kerana mahu orang ramai gembira dapat memakai inai dengan harga mampu milik.

“Hampa ni dok tanya kami kenapa tak juai mahai sebab kami artis. Adoi.. Dah lah tu hampa. Okaylah kan 15 ringgit ja!! Hampa happy pakai, kami pun happy. Kang mahai-mahai tak dan nak nopap setiap bulan. Ke hampa nak kami naikkan jadi 29?” Coretnya

via Instagram Rozita Che Wan

Peminat Puas Hati Dengan Harga Inai

Melihat hantaran yang dikongsikan Che Ta, rata-rata ramai peminat selebriti ini memberi komen dengan mengatakan bahawa harga yang diletakkan pada produk inai keluarannya itu sangat mampu milik dan memohon agar tidak menaikkan harga.

“Wah janganlah tukar pergi 29 ringgit. Dah ok sangat 15 ringgit. Inai mampu milik”

“Ok lah tu sebotol tu RM15”

“Harga berpatutan, saya dah pakai cantik sangat-sangat inai Che Ta” komen warganet

via Instagram Rozita Che Wan

“15 ringgit dah elok sangatlah tu”

“Kami suka dah harga RM15 tu”

“Alhamdulillah harga yang sangat berbaloi. Best pakai inai Che Ta” komen mereka

via Instagram Rozita Che Wan

“Jual murah salah.. Jual mahal lagi lah kena kecam.. Hmm. Yang pasti inai Che Ta memang terbaik”

“Boleh dah harga tu Che Ta. Jangan di bawa naik dah tau”

“Jangan naikkan harga Che Ta oi. Kami mampu beli hat 15 ringgit ni” komen mereka lagi

Dah elok inai dijual pada mampu milik, nanti kalau letak harga tinggi lain ada pula yang persoal betul tak?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.