Pelakon, Sharifah Amani meninggalkan mesej yang mendalam buat orang ramai selepas mengetahui aktor kacak yang juga pengarah, Hans Isaac membuat keputusan untuk meninggalkan industri hiburan.
Selamat Tinggal Kepada Filem-Filem Berkualiti
Menerusi laman Twitter, Amani menyifatkan Malaysia kini boleh mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepada filem-filem berkualiti dengan mesej yang relevan. Menurutnya, industri kini hanya tinggal dengan mereka yang hanya popular di media sosial namun tidak mempunyai bakat yang berkualiti.
“Malaysia boleh mengucapkan selamat tinggal kepada filem-filem berkualiti dengan mesej yang relevan kerana kita hanya ditinggalkan dengan lakonan dari influencer yang menjadi pelakon dengan 1 juta pengikut di Instagram tetapi tiada apa yang ditunjukkan untuknya.”- tulis Amani
Hans Isaac Tidak Lagi Berminat Dengan Industri Hiburan
Terdahulu, Hans membuat pengumuman dia tidak lagi mempunyai minat terhadap industri hiburan. Malah, dia turut mendedahkan lakonan bukan minatnya namun, dia belajar untuk mencintai dan menikmati proses tersebut.
“Berlakon bukanlah minat saya, tetapi saya belajar untuk mencintai dan menikmati proses itu serta bertuah kerana dapat bekerja bersama yang terbaik dalam industri.”- dedah Hans