Baru-baru ini di media sosial hangat memperkatakan mengenai sebuah pertandingan yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi yang mengajak pelajar-pelajar universiti menghasilkan sebuah video menerusi aplikasi TikTok paling kreatif.
Pertandingan TikTok Dibatalkan
Dalam posting yang dimuatnaik oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad berdurasi 45 saat bersama dua personaliti media sosial dan sekeping poster promosi yang mana menimbulkan kecaman daripada rata-rata warganet. Bagaimanapun tidak lama kemudian posting tersebut telah dipadam dan difahamkan KPT telah menarik semula pertandingan sebelum untuk diadakan.
Anda tak sempat menikmati TikTok bertaraf Kementerian Pengajian Tinggi?
Nah saya sajikan semula untuk keseronokan anda 😂 pic.twitter.com/DE1t2u3YxJ
— Khairi Zulfadhli 𓂆 (@khairizulfadhli) April 8, 2020
Caprice Selar Penganjuran Pertandingan Tiktok
Dalam perkembangan lain, pertandingan tersebut turut menarik perhatian penyanyi rap popular, Caprice untuk mengulas lebih lanjut mengenai penganjuran pertandingan itu. Menurut pelantun BAL itu, dia sama sekali tidak bersetuju dengan penganjuran tersebut kerana beranggapan ianya tidak membawa impak positif. Tambah Caprice lagi, dalam masa yang sama dia turut bersimpati dengan nasib kebanyakan guru dan tenaga pengajar diluar sana yang sedang bertungkus lumus terus memberikan didikan buat para pelajar.
Selain pengikut di laman Instagram,selebriti seperti Catriona Ross dan Datin Paduka Umie Aida turut bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Caprice.