Baru-baru ini bekas isteri kepada pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan iaitu Hana Azraa mendedahkan bahawa PU Abu dikatakan telah berbaik semula dengan bekas isteri pertama nya, Ain Afini.
Rujuk Selepas 2 Minggu Berkahwin
Menerusi perkongsian yang dibuatnya di laman Instagram, Hana berkata PU Abu telah merujuk dengan Ain dua minggu selepas mereka berkahwin. Jelasnya lagi pendedahan itu dibuat bagi mengelakkan spekulasi orang ramai berhubung status perkahwinan mereka.
“Depa tak mahu mengaku biar I habaq. I habaq bukan sebab busy body ka apa, serius tak dak tapi sebab orang duk tuduh I yang bukan-bukan.
“Ya, depa dua tu masih suami isteri. Ain dan Abu Sufyan rujuk dua minggu selepas kami nikah.
“Mohon jelas ya semua. Antara I dengan dia dah tak ada apa-apa melainkan dia dengan Mateen,” kongsi Hana menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini.
Enggan Komen
Dalam perkembangan lain, menerusi laporan MStar Online pendakwah bebas itu enggan memberikan sebarang komen kerana enggan menggunakan sosial media sebagai platform untuk dia berkongsi perkara peripadi.
Menerusi carian Murai.my dalam posting PU Abu terkini,difahamkan dia bakal berhijrah dari Kuala Lumpur dan berharap ianya akan menjadi titik permulaan buatnya untuk menjadi insan yang lebih baik.