21 C
Malaysia
Sunday, December 1, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Hana Azraa Dedah Bakal Bercerai Dengan PU Abu!

Mengejutkan! Itulah yang boleh digambarkan apabila Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan sekali lagi menjadi perhatian umum apabila dilanda kontroversi baharu melibatkan perkahwinan keduanya.

Dalam Proses Bercerai 

Menerusi laporan MStar Online, rumahtangga yang dibina bersama Nurhannah Azra Mohd Zakir atau lebih dikenali sebagai Hana Azraa dikatakan kini sedang berantakan selepas Hana menyatakan bahawa mereka kini dalam proses untuk bercerai. Lebih mengejutkan, Hana turut mendedahkan bahawa mereka tidak lagi tidak sebumbung dan sudah membawa haluan masing-masing.

“Saya dan Abu kini dalam proses untuk bercerai. Kami dah tak tinggal sebumbung, dia di Kuala Lumpur manakala saya di Kedah”

Enggan Dikaitkan Dengan PU Abu 

Jelasnya lagi, selepas sahaja proses berkenaan diselesaikan dia enggan dikaitkan lagi dengan PU Abu di media dan ingin memfokuskan kehidupannya bersama anak-anak dan juga kerjaya. Bagi Hana, penjelasan itu dibuat bagi menjelaskan perkara yang sebenar kepada netizen untuk mengelakkan terjadinya salah faham kelak. Biarpun begitu, dia tetap mendoakan kebahagiaan PU Abu dan Ain (bekas isteri perkahwinan pertama) selain menyatakan bahawa mereka berpisah secara baik .

“Saya tak nak dikaitkan lagi dengan PU Abu di media. Hidup saya cukup dengan anak-anak dan kerjaya,”

Beri Petunjuk Sedang Hamil

Dua hari yang salu, media tempatan turut melaporkan bahawa Hana dikatakan seolah-olah memberi petunjuk kini sedang hamil sebelum dikejutkan dengan berita perpisahan ini.

Pada 16 Mei yang lalu PU telah sah menceraikan isteri pertama nya , Ain ‘Afini dengan talak dua. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Adam Aysar pada 7 Jun lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.