Selepas sahaja bercerai dengan isterinya, Bella Astillah ekoran kontroversi panas melibatkan dirinya mula tersebar, pelakon Aliff Aziz telah mengambil keputusan untuk menutup ruangan komen laman Instagram miliknya.
Buka Ruangan Komen Instagram
Biarpun ketika kontroversi tersebut masih hangat diperkatakan, Aliff terus mengemaskini Instagram nya dengan ulasan produk yang dibuatnya. Sehinggalah semalam, pelakon itu akhirnya memuatnaik gambarnya dan turut membuka ruangan komen laman sosial tersebut.
https://www.instagram.com/p/BxxUshjJIxt/
Balas Dengan Nada Positif
Berdasarkan carian kami terkini, rata-rata netizen mula membanjiri ruangan komen tersebut dengan pelbagai reaksi dan pandangan. Meskipun terdapat segelintir yang mengecam tindakannya sebelum ini, tidak kurang juga ada yang memberi nasihat serta berharapkan agar Aliff belajar dari kesilapan.
Seperti akur dengan kecaman yang diterima, pelakon itu membalas komen-komen tersebut dengan nada positif. Aliff dan Bella disahkan bercerai talak satu pada 16 Mei lalu dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak Mohamad Ayden Adrean, 2.