Suatu ketika dahulu, pelakon Hairul Azreen mencuri perhatian peminat dengan membiarkan anak sulung mereka, Yusuf Iskandar yang masih kecil ketika itu berdiri di atas tangan Hairul.
Angkasawan Negara Tegur Hairul
Terbaru, aksi yang sama turut dilakukan kepada anak kedua mereka, Alisa Aisyah. Jika sebelum ini, ramai yang kagum dengan aksi tersebut kali ini berlainan pula kerana ianya telah mengundang kecaman netizen.
Ini kerana, angkawasan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor telah meninggalkan komen teguran yang beranggapan aksi sedemikian terlalu berisiko dan akan memberikan kesan negatif kepada tumbesaran kanak-kanak itu.
Netizen Kecewa Dengan Sikap Hairul
Melihatkan pada komen itu, menurut netizen Hairul telah bertindak memadam komen teguran itu sehingga membuatkan ramai yang mula berasa hilang hormat dengan pelakon itu.
Rata-rata daripada netizen memberikan pendapat bahawa komen seperti itu seharusnya diambil sebagai contoh dan pengajaran terutama buat mereka yang baru sahaja bergelar ibubapa.